Friday, 20 May 2011

Lelaki Pemalu.Perempuan Demand

                           


Hai semua.


Hm. Dunia sekarang ni memang dah terbalik kan? Ok. Aku tak tahu lah korang perasan ke tak, atau, aku sorang je yang perasan. Tapi, perempuan zaman sekarang ni lebih banyak kuat menggatal lah daripada lelaki. Demand plak tuh ! 

Kalau betul, sila lempang keyboard korang =,=' *okei. aku tahu lawak aku tak menjadi. sob sob sob*

Er, masih tidak percaye?

Cuba tengok video kat bawah ni. Hehe. Aku tengok pown, dah tergelak dah. Comel betul bila tengok lelaki tersipu-sipu malu macam tu. Tapi, bila tengok perempuan yang macam tu pulak...... (no komen)




                                  

Ha, jadi, ape kate korang lepas dah tengok video ni??


nota : Ayah aku cakap, ayam sekarang lah yang menyebabkan hormon dalam badan seseorang tu berubah menjadi lebih aktif (dan gatal sebenarnya). Oh, sape yang kuat makan ayam, mesti orang tu kuat menggatal kan? Hehe. Boikot ayam jom !

Monday, 16 May 2011

HAPPY TEACHERS DAY 2011







Bila sebut je Hari Guru...

Teringat masa sambut hari guru disekolah rendah dulu,sibuk fikir apa agaknya hadiah hari guru yang bakal diberi ye?

Masa zaman sekolah rendah dulu memang Kad Ucapan Hari Guru tak pernah tinggal, siap buat sendiri lagi tu, bangga sangat dapat buatkan untuk Cikgu Kad Hari Guru, dan semestinya akan memberikan bunga ros merah, yang boleh dibeli pada hari sambutan hari guru di koperasi sekolah.Paling senang minta tolong mama belikan.


Hai..dah 3 tahun meninggalkan zaman sekolah rendah tapi kenangan tu tetap indah, mengingatkan barisan guru-guru yang banyak berjasa, guru disiplin yang garang  tapi baik hati, gelagat rakan-rakan semasa disekolah..

Rindu sangat teringin pakai baju sekolah berwarna biru dahulu.


Apa pun saya mengambil ruang di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru terutama kepada para guru yang pernah mengajar saya di:

Pasti Nurul Hidayah
Sekolah Kebangsaan Sri Cheeding  
Sekolah Menengah Kebangsaan Banting


Terima kasih buat cikgu-cikgu semua yang telah mendidik saya. Mungkin  ada cikgu saya yang akan membaca luahan hati di blog saya ni(harap-harap begitu.

Saya mengerti pengorbanan seorang guru amat besar nilainya,

Teruskan mendidik anak bangsa! Jangan pernah jemu, kuatkan hati dan tabahkan hati dalam mendidik anak di arus moden ini, sudah tentu pelbagai ragam warna warni yang lebih mencabar dihadapi..

Semoga guru-guru semua terus sukses mengtarbiah anak bangsa selaras dengan syariat.




NI HADIAH UNTUK CIKGU..Kata-kata hikmah yang boleh dijadikan motivasi..=)


Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)

Moga Tema Hari Guru tahun 2011 ini dapat dicapai selaras dengan perkembangan transformasi semasa iaitu ”Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”
elaras dengan syariat.


Lagu Hari Guru
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Teringin nak nyanyi sama-sama lagu ni dengan cikgu-cikgu.Itulah masa sekolah rendah dulu nakal sangat,sekarang baru nak menyesal..T_T

Kalau kita hayati betul2 bait lirik lagu diatas, pastinya ramai guru dan bekas guru-guru akan menitikkan air mata.Pelajar pun boleh terkesan sama.

Saya sayang CIKGU hari2! Bukan HARI GURU sahaja.


Monday, 9 May 2011

kisah aku,ada orang nak tahu ke?

Hai semua.

Hm, aku dalam dilemma lah.

Ade dua orang member aku (Lala ngan Reen) mintak aku buat cerita tentang love story antara aku dan hatimanis aku. Gara-gara dating kat kelas  lah.

Tapi aku ragu-ragu lah. Ade ke orang nak tahu cerita kitorang ni??? Sebab, siape lah aku kan,aku ni bukan budak HOT pun nak citer-citer jiwang macam tu. Bukannye femes macam Elia Jejari Runcing tu. 

Lagipun, aku teringat pesanan otai ar "jangan citer pasal pakwe kat blog". Adeh,, mati kutu buntu aku.

Dah la kisah kitorang ni sebijik macam novel. Kalau nak buat pown, gerenti berepisod-episod lah. Takut korang bosan je nak bace.

Kesimpulannya, korang setuju aku buat love story aku dan hatimanis atau tak?

nota : Aku hanya akan buat cerita kitorang ni kalau dapat persetujuan korang, LEBIH DARPADA 30 ORANG. Kalau setakat 5/6 orang, aku tak buat lah. Sorry la my dear. Aku tak menjanjikan pape taw.

Sunday, 8 May 2011

Kenapa Lelaki Dibenci?

Hai semua.

Hehe. Kenape bila putus cinta, kebanyakan pompan mesti akan cakap, " Ewww ~ Aku benci lelaki ! Semua lelaki same jek !" (Hey, lelaki pown same jek akan cakap macam tu bila frust tertonggeng okei)

Tapi, sebab ape lah sangat yang membuatkan dorang hyper-benci macam tu sekali eh? Tak baek toh maen menci-menci neyh. (Jangan salahkan aku yang mengandung buat hipotesis ni)

*penggunaan 'aku' sebagai wakil sebab aku tak nak ade mane2 pihak yang terasa meyh*


1. Lelaki Kuat Merokok.


2. Lelaki Miang.


Mak aih. Depan aku pown kau boleh main kenyit-kenyit mate ngan awek lain? Kalo memang mate dah cacat macam tu sejak lahir, ok fine. Aku terima. Tapi, masalahnye, penyakit mate-kenyit kau ni hanya akan terkena setiap kali ade awek cun melecun atau yang pakai baju sarung nangka tak cukup kain tuh.
Kata aku : Aku cocok bijik mate ko gune penyodok sampah nak??? ~,~"

3. Lelaki Ego dan Berlagak.


Amboi. Mentang-mentanglah kaye, ko saje jek nak aniaya aku suh pakai barang kemas dari Hibab Jiwel tu sedangkan kau tahu aku memang alergi ngan barang kemas ni. Alasan kau, takut orang nanti cakap kau ni takde duit dan tak mampu untuk belikan barang-barang mahal untuk awek tercinton. (erkkk??)
Kata aku : Elleh, ko mati nanti, berbogel dan dibalut dengan kain putih jugak. Mane ade harta marta ni.

4. Lelaki Biadap.


Cheh ! Pehal kaki kau dua2 naek atas meja kopi tuh? Lantai umah aku dah banjir ke? Pergh, dengan mak abah aku, kau guna ' lu gua' jek? Silap hari bulan, aku sepak kau masuk lobang gua matekeranji kang ! Mane adab kau seyh sebagai 'Lelaki Melayu Terakhir' tu??

Kata aku : Lu nak makan tak pelempang guna kaki gua yang rasenye macam lemak cili api ni?

5. Lelaki Gediks.


Weyh. Dua taon lepas, aku belek kamus, aku tengok perkataan 'gedik' ni refer to boys lah ! Menurut aku, lelaki gedik adalah lelaki yang suke pakai baju senteng dan ketat (mungkin untuk tunjukkan body berketak-ketak?), seluar kecik bawah (mungkin nak tunjuk yang dia tu slim sangat weyh) dan londeh (nak tunjuk boxer gambo Hello Kitty tuh) dan bermuncung tikus cencorot bila bergambar (ingat pompan jek suke buat muncung itik??!)
Kata aku : Lelaki macam ni kena cepat isi borang "Aku Nak Mati Dilempang"

Okei cukup ! Takat tu je la eh yang aku nak hebohkan. Haih korang, 60% daripada fakta yang aku buat ni, main-main jek taw. Hehe. Jangan pulak pasnie kaum Adam pakat ramai-ramai nak bazooka aku ! hoho !



nota : Tak baik meyh main benci menci neyh. Korang takmo kawen ke?? Haha ! Kalo tanya aku, mesti lah aku nak. Dengan sape? Mesti lah dengan sesape yang jantinanya bertentangan ngan aku. ( Hatimanis aku lerr ^^,)

MasyaAllah,Sekejap Dah Berubah!

Hai semua.

Huh. Hari ni aku rase dah terkena kejutan elektrik. 

Mane taknye, kat Alamanda lah tadi kan, aku terjumpa cousin setaman ngan aku neyh. Masing-masing dah mengenali, dok la borak-borak jap.

Mase aku tengah borak ngan Si Emak, sambil mate aku merayap pandang ke belakang Si Emak, aku nampak sorang pompan ni. HOTTT giler seyh. Rambut dye, bju lengan pendek dan short legging.

Dalam hati aku : " Eh, sape pompan neyh? Kenape dok kat belakang makcik neyh jek? Sedare ke?"

Bila pompan tu dah toleh muke tengok aku, dan senyum, aku dah dapat cam.

MasyaAllah !!!

Itu kah dia??? Seksi giler !*tergugat sekejap kecomelan aku. Haha !

Dulu, mase sekolah agama rendah, aku duk sekumpulan dengan dia. Aku ingat lagi macam mane rupa dia mase tu.

Gemuk, gelap-gelap kulitnya, skema, sopan, dan alim.

Tapi, segalanya dah berubah sekarang. Aku tengok muke dia, sejujurnya, aku tak nampak 'NUR'. Aku cume nampak keganasan, kesombongan dan keseksian.

"Ya Allah, Kau peliharalah aku dari pengaruh duniawi. Lindungilah aku dari segala kelalaian yang mampu membuatkan aku leka daripada mengingati-Mu. Peliharalah akhlak ku. Peliharalah maruah ku sebagai hamba Mu yang solehah"

Tengoklah korang. Jangan cepat menilai seseorang tu. Kenal hari ni, dia macam ni. Entah esok lusa, dia berubah identiti? Takde sape yang dapat menjangkakan ape yang tersirat disebalik takdir-Nya. Cume, kite kenalah same-same berdoa agar diri kita terpelihara daripada terikut perangai tak elok ni..
                         


nota: Tadi,Abang Im cakap, muke aku nampak je lembut tapi perangai aku ganas giler ! Hubby dia cakap pulak, aku ni, nampak je ganas tapi hati kecik (hati lembut = cepat tacing) ! Haha !